Wellington, 29 JAN – Polis New Zealand berkata, mayat keempat ditemui hari ini selepas rekod maut hujan lebat dan banjir memusnahkan Auckland.
Bandar terbesar di negara itu menyaksikan 249 milimeter (mm) hujan pada Jumaat, memecahkan rekod sebelumnya 161mm dalam tempoh 24 jam, dan 1.6 juta penduduk Auckland kekal dalam keadaan kecemasan.
Dua mayat ditemui dalam banjir di lokasi berasingan malam Jumaat di pinggir utara Lembah Wairau, dan yang ketiga ditemui kelmarin selepas tanah runtuh merobohkan sebuah rumah di tengah Auckland.
Semasa kemuncak banjir pada Jumaat, kira-kira 24,000 rumah terputus bekalan elektrik, menurut Menteri Pengangkutan Michael Wood, bercakap bersama Timbalan Perdana Menteri, Carmel Sepuloni, yang juga ahli parlimen untuk pinggir bandar Auckland Barat Kelston.
Beliau berkata sehingga kini kira-kira 3,000 rumah masih terputus bekalan elektrik dan air, termasuk rumahnya.
Beliau menambah bahawa syarikat sedang berusaha untuk memulihkan elektrik dan air.
Hujan lebat pada Jumaat juga membanjiri terminal di lapangan terbang Auckland, yang terpaksa ditutup sebelum penerbangan antarabangsa boleh disambung semula hari ini. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/01/P11-3A-paper-web-PS_30012023.jpg)