Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Empat maut nahas helikopter di Pulau Reunion Perancis

    SAINT-DENIS DE LA REUNION, 31 OKT – Empat orang maut hari ini dalam nahas helikopter di salah satu destinasi pelancongan paling popular di wilayah Lautan Hindi Perancis, Reunion, kata anggota bomba.

    Kemalangan itu berlaku di cirque de Salazie, Tapak Warisan Dunia UNESCO di pulau tropika itu.

    Pendakwa raya telah membuka penyiasatan, beritahu Michael Mathaux, seorang pengawas di Saint-Benoit di timur pulau itu, kepada wartawan.

    Pesawat ringan yang mempunyai empat tempat duduk tersebut melanggar batu dan terhempas di kawasan yang tidak dapat diakses dengan berjalan kaki. Operasi penyelamatan besar-besaran yang melibatkan 35 anggota gendarme dan kira-kira 30 orang bomba telah dilancarkan.

    Helikopter tersebut dimiliki oleh syarikat yang digunakan untuk aktiviti latihan penerbangan. Helikopter tersebut juga sedia untuk disewa oleh penerbangan persendirian.

    Dua puluh orang telah terbunuh dalam kemalangan yang melibatkan helikopter atau pesawat mikrolight di Reunion dalam dua dekad yang lalu.

    Dalam kejadian terbaharu, seorang juruterbang telah terbunuh dalam satu kemalangan helikopter pada awal bulan Ogos. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...