SEOUL, 5 Feb – Empat maut dan 40 lagi cedera apabila sebuah pasar raya di Dongtan, selatan bandar raya ini terbakar.
Polis mengesyaki percikan daripada alat kimpalan menyebabkan kebakaran di bahagian permainan kanak-kanak dalam kompleks beli belah itu.
Dua daripada empat mangsa yang terbunuh adalah buruh dan dua lagi pekerja dan pengunjung.
Kebanyakan daripada 47 mangsa yang cedera mengadu terhidu asap.

Pasukan bomba menggesa syarikat pembinaan supaya mengikut peraturan keselamatan kerana api kimpalan pernah menjadi punca kebakaran.
Ia termasuk kebakaran gudang pada Disember 2008 di bandar raya Icheon yang meragut lapan nyawa dan kejadian di terminal bas di Koyang, utara Seoul yang membunuh sembilan orang dan mencederakan 60 lagi. – AFP