Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat maut pasukan respons Ebola diserang

    GENEVA, 29 NOV – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam berkata dua serangan di timur Republik Demokratik Congo (DRC) telah menyebabkan empat pekerja pasukan respons Ebola maut manakala lima lagi cedera, lapor agensi berita China Xinhua.

    Serangan itu berlaku semalaman di sebuah kem bersama di Biakato Mines dan pejabat penyelaras respons Ebola di Mangina, pekan kecil dalam wilayah Kivu Utara, menurut WHO.

    Mangsa yang maut ialah seorang anggota pasukan vaksinasi, dua pemandu dan seorang pegawai polis.

    Meskipun tiada petugas WHO terbunuh, seorang daripada mereka cedera.

    Kebanyakan mangsa yang cedera adalah dari Kementerian Kesihatan DRC.

    “Kami kecewa kerana orang telah mati semasa bertugas kerana mereka berusaha menyelamatkan nyawa orang lain. Dunia telah kehilangan profesional yang berani,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

    “Ebola semakin berkurangan. Kesemua serangan ini akan memberikannya peluang untuk kembali merebak dan akibatnya, lebih ramai orang akan mati.

    “Adalah sesuatu yang tragik untuk menyaksikan kesengsaraan yang tidak sepatutnya berlaku dalam komuniti yang sudah banyak menderita. Kami menggesa semua pihak yang mempunyai peranan agar menghentikan kitaran keganasan ini,” kata Tedros. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda