Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Empat maut selepas bakar arang batu

    BEIRUT, 2 JAN – Seorang ibu warga Syria dan tiga anaknya maut dalam tidur selepas terhidu asap toksik daripada arang batu untuk memanaskan bilik di sebuah kampung di selatan Lubnan, kata kumpulan penyelamat hari ini.

    Youssef al-Dor, seorang pegawai dengan Persatuan Ambulans Kesihatan Resala, berkata dia membawa mayat untuk dikebumikan dari hospital di mana keempat-empatnya disahkan meninggal dunia.

    Al-Dor berkata, keluarga itu menggunakan arang batu untuk memanaskan bilik mereka pada malam yang sejuk di sebuah rumah di Kharayab, sebuah perkampungan selatan yang menghadap ke laut Mediterranean.

    Seorang pegawai dari Hospital Fakih berkata seorang ibu, 31, dan anak-anaknya yang berusia lapan, tujuh dan empat tahun sudah me-ninggal dunia semasa ketibaan. Mereka diisytiharkan mati kerana sesak nafas.

    Pegawai itu bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan selaras dengan peraturan.

    Agensi berita Lubnan berkata empat orang tersebut meninggal dunia di rumah mereka. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...