Thursday, February 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat maut, tiga cedera dalam letupan kedai di Laos

    BANGKOK, 17 FEB – Letupan di sebuah kedai di utara Laos telah mengorbankan empat orang termasuk warga China, lapor konsulat jeneral Beijing di negara itu.

    Letupan itu berlaku Jumaat lalu di sebuah kedai China di wilayah Oudomxay, kata konsulat China di Luang Prabang dalam satu kenyataan.

    Punca kejadian sedang dalam siasatan, lapor konsulat dan media tempatan.

    Sementara itu, tiga orang turut cedera dalam kejadian letupan dan kebakaran di kedai di kampung Nasao, menurut Radio Kebangsaan Laos.

    Ia juga menyebabkan kerosakan besar pada rumah di sekitarnya, lapor agensi berita Xinhua yang dikendalikan kerajaan China.

    Konsulat itu berkata bahawa duta China ke Laos, Fang Hong, sedang mengerahkan usaha sepenuhnya untuk merawat mangsa yang cedera dan membantu keluarga mangsa selepas itu. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda