Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat mayat ditemui dalam letupan di Switzerland

    GENEVA, 9 MAC – Empat mayat ditemui hari ini dalam runtuhan akibat letupan dan kebakaran yang memusnahkan sebuah kediaman di barat Switzerland, kata polis.

    Perkhidmatan kecemasan dimaklumkan mengenai letupan di rumah kembar di bandar tepi tasik Yverdon-les-Bains, pada 6:40 pagi, kata polis.

    “Bangunan itu musnah sepenuhnya dan beberapa penghuni maut dan ditemui dalam runtuhan,” kata jurucakap polis Vaud, Florence Maillard dalam satu kenyataan.

    “Empat mangsa ditemui mati di dalam rumah. Seorang kanak-kanak masih dicari.”
    Punca letupan tidak diketahui dan polis telah melancarkan siasatan.– AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda