Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat pasukan rebut Piala Yayasan

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Empat pasukan telah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2018 yang berlangsung baru-baru ini.

    Empat pasukan tersebut ialah Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) A, Pasukan 88 A, Pasukan MS PDB C dan Pasukan Panca Delima.

    Pada perlawanan pusingan kedua tempoh hari Pasukan MS PDB A berjaya menewaskan Pasukan Muara Spurs A, manakala Pasukan 88 A pula berjaya menang menentang Pasukan 88 B. Selain itu, Pasukan MS PDB C mengalahkan Pasukan Sengkurong B dan Pasukan Panca Delima menewaskan Pasukan Sengkurong C.

    Antara aksi sepak takraw dalam perlawanan pusingan kedua kejohanan itu baru-baru ini. – Gambar oleh Khairil Hassan

    Dalam aksi separuh akhir yang akan berlangsung pada 19 Januari ini menyaksikan Pasukan MS PDB A akan menentang Pasukan 88 A, manakala Pasukan MS PDB C menentang Pasukan Panca Delima.

    Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda