Saturday, January 25, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat pelajar kejuruteraan mati lemas

    NEW DELHI, 24 Jun – Pasukan penyelamat telah menemui mayat empat pelajar kejuruteraan dari sungai di negeri selatan India, Andhra Pradesh hari ini, kata polis.

    Para pelajar berkenaan lemas pada petang Sabtu di sungai Krishna berhampiran Vijayawada, kira-kira 42 km timur Amaravati, kota utama Andhra Pradesh.

    “Penyelamat pagi ini menemui mayat empat pelajar yang tenggelam petang kelmarin,” kata seorang pegawai polis.

    “Hampir 100 kakitangan dari pasukan tindak balas bencana terlibat dalam operasi pencarian sepanjang malam.”

    Sabtu lalu, empat pelajar sebuah kolej kejuruteraan swasta yang pergi berkelah ke Pavitra Sangama Ibrahimpatnam telah dihanyutkan oleh arus sungai yang deras.

    Menurut polis, kemalangan itu berlaku ketika salah seorang daripada mereka tenggelam ketika mandi di sungai dan tiga temannya melompat ke dalam air untuk menyelamatkannya. Pelajar-pelajar ini berasal dari pelbagai daerah di Andhra Pradesh. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda