Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat pelancong terkorban disyaki keracunan

    BANGKOK, 21 NOV – Empat pelancong asing meninggal dunia selepas disyaki keracunan metanol akibat meminum alkohol tercemar di sebuah destinasi popular di Laos, kata pegawai kerajaan Barat dan media hari ini.

    Seorang wanita muda Australia merupakan kematian terbaru yang disahkan, dan rakannya kini sedang bertarung nyawa, kata Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.

    Dua warganegara Denmark dan seorang warga Amerika Syarikat (AS) juga telah meninggal dunia, menurut pegawai, selepas keluar malam di Vang Vieng di mana mereka mungkin meminum alkohol yang tercemar, menurut laporan media.

    Kumpulan seramai lebih kurang 10 pelancong itu mula jatuh sakit selepas keluar pada 12 November, menurut media dari Britain dan Australia.

    “Secara tragisnya, Bianca Jones telah meninggal dunia. Kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabatnya yang sedang berduka atas kehilangan yang sangat menyedihkan dan kejam,” kata Anthony Albanese di parlimen.

    “Kami juga mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa kami sedang memikirkan rakan Bianca, Holly Bowles, yang sedang berjuang untuk nyawanya,” katanya, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Holly berada dalam sokongan hayat di sebuah hospital di Bangkok, kata bapanya, Shaun Bowles, kepada Nine News Australia kelmarin.

    Di hospital Bangkok tempat Holly dilaporkan menerima rawatan, kakitangan berkata mereka tidak dapat mengesahkan sama ada beliau menerima rawatan di situ.

    Kementerian luar Denmark berkata dalam satu kenyataan kelmarin bahawa dua warganya telah meninggal dunia di Laos, tanpa memberikan maklumat lanjut. – AFP

    Logo Hospital Bangkok di Bangkok, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda