Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat pelanggaran arahan dicatat

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Sebanyak empat pelanggaran arahan telah dicatat semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan dari jam 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi.

    Perkara demikian telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini. Keempat-empat pelanggaran arahan tersebut adalah bagi kesalahan melanggar arahan berada di rumah.

    Menurut kenyataan tersebut juga, keempat-empat kesalahan itu telah didapati di kawasan Daerah Brunei dan Muara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda