Tuesday, July 22, 2025
32.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat pemain muda suntik tenaga Malayan Tigress

    SHAH ALAM, 21 JULAI – Kehadiran empat pemain muda yang berpangkalan di luar negara dijangka menjadi suntikan tenaga baharu kepada skuad Malayan Tigress bawah 20 tahun (B-20) menjelang pusingan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2026, di Kuala Lumpur, bulan depan.

    Ketua jurulatih, Cameron Ng berkata pemain tersebut membawa nilai tambah penting kepada skuad negara menerusi pengalaman beraksi dalam persekitaran berintensiti tinggi di luar negara, sekali gus memberi impak positif terhadap corak latihan dan kesiapsiagaan rakan sepasukan tempatan.

    “Secara peribadi, saya berpendapat pemain tempatan memiliki kualiti yang cukup baik.

    Namun, apabila pemain dari luar negara menyertai pasukan, mereka membawa dimensi dan pengalaman berbeza yang mampu memperkayakan corak latihan serta meningkatkan intensiti permainan.

    “Pengalaman yang mereka bawa amat penting untuk membantu rakan sepasukan tempatan memperoleh pendedahan baharu. Kebiasaannya, intensiti di luar negara lebih tinggi dan ini membantu meningkatkan standard keseluruhan pasukan,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pertama Malayan Tigress di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong, dekat sini hari ini. – Bernama

    Skuad Malayan Tigress B-20 gigih menjalani kem latihan bagi persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia B-20 Wanita 2026 di Padang Latihan Sime Darby. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda