LISBON, 29 Dis – Empat pemain bersama kelab kelompok teratas Portugese, Rio Ave, dilaporkan didakwa 500,000 euro ($597,000) dalam komplot menentukan perlawanan, media setempat mendedahkan semalam.
Pendakwa raya, apabila dihubungi oleh AFP, tidak dapat mengesahkan kes tersebut yang pertama didedahkan dalam stesen televisyen SIC dan disahkan oleh akhbar Corrie da Manha.
Menurut dua buah media empat pemain yang tidak didedahkan nama mereka disyaki menerima rasuah untuk menentukan kekalahan bagi pasukan mereka dalam perlawanan divisyen satu menentang Feirense pada 6 Februari 2017.
Rio Ave tewas 2-1 dalam laluan untuk menamatkan tangga ketujuh dalam kedudukan pada akhir musim.
Pertaruhan terhadap perlawanan itu digantung sejurus sebelum sepak mula kerana ‘kedudukan yang luar terhadap pertaruhan’ yang diletakkan ke atas pertemuan itu, Jogos Santa Casa, badan penyelia pertaruhan di Portugal menjelaskan.
Jumlah pertaruhan itu bagi perlawanan di rantau itu adalah setengah juta euro, media melaporkan.
Kelab dari Porto memberikan reaksi ‘dengan keadaan terkejut dan marah’ terhadap berita tersebut, menekankan mereka tidak ‘mempunyai maklumat’ mengenai sebarang dakwaan dari penyiasatan penipuan tersebut.
Selepas penggantungan pertaruhan terhadap perlawanan itu, polis memulakan penyiasatan “enam bulan lalu di mana orang yang berhubungkait kepada Rio Ave memberikan semua kerjasama yang diperlukan dari mereka”, kata kelab itu dalam satu kenyataan. – AFP