Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Empat pembuat kereta Korea S tarik balik 54,412 kenderaan

    SEOUL, 7 JUN – Empat pembuat kereta tempatan dan asing di Korea Selatan akan secara sukarela menarik balik 54,412 kenderaan kerana masalah pembuatan, menurut Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan pada Rabu, lapor Xinhua.

    Kia Motors akan memanggil balik 48,025 kenderaan daripada enam model kerana masalah perisian papan pemuka.

    Volkswagen Group Korea pula akan memanggil balik 4,815 unit SUV elektrik ID.4 elektrik kerana selak pintu kenderaan yang rosak.

    Selain itu, Stellantis Korea juga akan menarik semula 1,479 unit Jeep Grand Cherokee kerana kerosakan aci perantaraan manakala Ford Sales & Service Korea bakal memanggil balik 93 unit Ranger Wildtrak untuk membaiki masalah penyerap hentakan pada roda hadapan.

    Pemilik kenderaan boleh mengunjungi pusat baik pulih dan servis untuk menggantikan bahagian yang rosak secara percuma. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...