THESSALONIKI, 16 APRIL – Empat pendatang dan seorang yang disyaki penyeludup, kesemuanya dari Syria, meninggal dunia kelmarin dan enam lagi cedera apabila kereta mereka bertembung dengan kereta lain yang memandu ke arah yang salah di lebuh raya utama di Greece berhampiran sempadan Turkiye, kata polis.
Pemandu kereta lain, seorang lelaki Greek berusia 46 tahun, juga meninggal dunia dalam kemalangan itu, kata polis.
Kereta tersebut, dengan pemandu dan 10 penumpang lain, sebahagian daripada mereka disembunyikan di dalam bagasi, sedang dipandu ke sepanjang jalan lama, jauh dari sempadan, apabila ia tiba di pusat pemeriksaan polis, berhampiran bandar Alexandroupolis, petang kelmarin. – AP


