Saturday, November 23, 2024
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat peserta berentap di Pertandingan Membuat Kek

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Empat orang akan berentap dalam Pertandingan Membuat Kek semasa Festival Ideal yang akan diadakan pada 16 dan 17 Januari ini di Little Soho, Jalan Batu Bersurat.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pusingan awal pertandingan anjuran Ideal Marketing (B) Sdn Bhd itu telah diadakan pada 2 Januari lalu di Ideal Cafe & Grill, Gadong Properties.

    Pertandingan memerlukan peserta menggunakan telur segar dari ladang Ideal dan hasilnya akan dinilai dari segi penampilan, rasa dan kreativiti oleh tiga cef pastri profesional jemputan iaitu Cef Alex Chua selaku pemilik Flour and Butter Cafe dan Le Apple Bakery; Cef Connie Lau selaku pemilik The Cake Project dan pereka kek, Dayang Faridah Yusof selaku pemilik Cakes By Faridah dan Saffron Restaurant. Empat peserta berkenaan ialah Bibi Amadah, Maisara Ahmad, Nurul Huda dan Mona Adiliana yang merupakan empat peserta akhir. Semasa pusingan awal, Bibi Amadah menghasilkan kek mousse coklat Jaffa; Maisara Ahmad menghasilkan kek kacang Butterfly Blue; Nurul Huda Panda dengan kek gula melakanya dan Mona Adiliana pula membuat Naked Surprise Cake.

    Dalam pusingan seterusnya pada 16 Januari, peserta akan bertanding menghasilkan kek cawan (savouri) dengan keju sebagai bahan utama dan bagi pusingan separuh akhir pula kek cawan (manis) dengan oreo sebagai bahan utama. Setiap pusingan berkenaan akan menyaksikan satu penyingkiran dengan dua peserta memasuki pusingan akhir pada 17 Januari.

    Festival berkenaan juga akan dimeriahkan dengan kehadiran vendor-vendor dan pelbagai aktiviti untuk disertai orang ramai. Acara berkenaan adalah sebagai susulan kepada penjenamaan semula logo Kumpulan Syarikat-syarikat Ideal dan diharap akan mewujudkan kesedaran jenama kepada telur-telur segar dari ladang mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda