Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Empat peserta Kursus Program Komuniti Kursus Kemahiran Street Art Haircut (Tukang Gunting Rambut Lelaki) telah berjaya menamatkan kursus mereka dan menerima sijil pada majlis yang berlangsung di Pusat Pembangunan Belia (PPB), hari ini.
Hadir menyampaikan sijil tersebut ialah Penolong Pengarah (Pusat Pembangunan Belia), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haswandi bin Haji Osman.
Awang Haswandi dalam ucapannya berkata kursus itu adalah selaras dengan hal tuju Strategik PPB 2020-2024 di bawah salah satu strategi teras iaitu meningkatkan kualiti latihan kemahiran melalui pelaksanaan kursus jangka pendek.
Ia dapat memberikan kemahiran yang berguna dan relevan bagi menjana pendapatan dan membantu dalam meningkatkan kualiti kehidupan, jelas Awang Haswandi lagi.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

