Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat platform dalam talian jadi pilihan utama scammer lakukan penipuan

    TUMPAT, 20 JAN – Empat platform media sosial dikenal pasti sebagai pilihan utama yang sering digunakan oleh scammer untuk melakukan penipuan dalam talian, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

    Beliau berkata platform tersebut ialah Facebook, TikTok, WhatsApp, dan Telegram, yang menyaksikan jumlah penipuan mencecah jutaan ringgit.

    “Bagi tahun 2023, jumlah penipuan melalui Facebook sahaja dianggarkan mencecah RM500 juta. Setakat ini, maklumat terkini masih belum diperoleh tetapi secara keseluruhannya jumlah itu jauh lebih besar.

    “Menurut maklumat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, terdapat lebih kurang 14 jenis penipuan yang dilakukan melalui media sosial.

    Selain itu, terdapat juga jenayah scam dalam bentuk panggilan telefon dan pertemuan bersemuka,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Ihsan MADANI, hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Mohd Isa, dan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datin Paduka Nurul Afida Kamaludin.

    Mengulas lanjut, Fahmi berkata populariti empat platform media sosial tersebut dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi pendorong utama penjenayah untuk melakukan penipuan, memandangkan ramai pengguna mudah terpedaya. – Bernama

    Fahmi Fadzil semasa menziarahi bekas Editor Bernama, Zabidi Ishar (kiri) di Kampung Wakaf Stan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda