Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat rakyat Thai maut dalam serangan roket di utara Israel

    BANGKOK, 1 NOV – Empat rakyat Thailand terbunuh di utara Israel dalam serangan roket dari Lubnan, kata Menteri Luar Thailand hari ini.

    Maris Sangiampongsa, dalam satu catatan di platform media sosial X, berkata pihaknya amat berdukacita dengan kematian berhampiran bandar Metula kelmarin, sambil menambah seorang lagi warga Thailand cedera.

    Ketua Majlis Wilayah di Metula berkata kelmarin lima orang terbunuh dalam serangan roket dari Lubnan, termasuk seorang petani tempatan dan empat pekerja ladang asing.

    Kira-kira 30,000 warga Thailand tinggal dan bekerja di Israel disebabkan gaji di negara itu jauh lebih tinggi daripada di negara Asia Tenggara.

    Warga Thailand di Israel telah terkesan teruk sejak permulaan perang dengan Hamas, di mana 39 terbunuh selepas serangan ke atas Israel meletus pada 7 Oktober 2023.

    Semasa gencatan senjata singkat November lalu, seramai 23 warga Thailand dibebaskan daripada tahanan. – AFP

    Gambar menunjukkan anggota menyelamat sedang mengusung mayat seorang wanita semasa serangan roket yang dilepaskan dari Lubnan mengenai kawasan berhampiran Kiryat Ata di daerah Haifa di utara Israel pada 31 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda