Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Empat sekeluarga berbangsa Iban lafaz Dua Kalimah Syahadah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BELAIT, 18 OGOS – Sebuah keluarga berbangsa Iban di Daerah Belait telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan pegawai dan kakitangan Unit Pengislaman, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), hari ini.

    Majlis pengislaman keluarga berkenaan berlangsung di Restoran dan Kafe Serikandi, Kuala Belait.

    Ketua keluarga, John Lee anak Ajai, 54, memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Abdul Azim bin Abdullah Ajai, manakala itu isterinya, Bulan anak Sawal, 52, memilih nama Islamnya sebagai Hannah Salwa binti Muhammad Syawal.

    Dua orang anak mereka iaitu Risca Diana anak John Lee, 24, kini dikenali sebagai Nur Rhadatul ‘Aisy Dhaniyah binti Muhammad Abdul Azim, dan Herman anak John Lee, 21, sebagai Muhammad Syafiq Anwar bin Muhammad Abdul Azim.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum lafaz ikrar pengislaman dan diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada saudara-saudara baharu oleh Ketua Pegawai Ugama, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Awang Mohamad Aliyani bin Ismail selaku tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir ialah pemilik Restoran dan Kafe Serikandi, Sheikh Haji Khalid bin Sheikh Haji Ahmad serta pegawai dan kakitangan dari Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait.

    Mengikut statistik PDI, sejak awal Januari hingga 7 Ogos lalu, seramai 273 orang telah memeluk agama Islam di seluruh negara dengan 46 daripadanya dari Daerah Belait.

    Tetamu kehormat dan jemputan khas bergambar ramai bersama saudara baharu berkenaan. – Gambar oleh Daniel Lim
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...