Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat sekeluarga ditemui mati

    NEW YORK, 31 DIS – Sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka, berumur 10 dan 12 tahun, ditemui mati di sebuah rumah di pinggir bandar New York kelmarin dalam apa yang disifatkan pihak berkuasa sebagai kes pembunuhan oleh sarjan polis.

    Pegawai polis berkata Watson Morgan, seorang sarjan di Jabatan Polis Bronxville, menembak mati isterinya, Ornela Morgan, 43 dan anak lelaki mereka sebelum membunuh dirinya sendiri.

    Empat mayat itu ditemui polis sejurus selepas tengah malam pada Jumaat di rumah keluarga itu di New City, pinggir bandar New York City, selepas Morgan gagal hadir pada syif malamnya di Jabatan Polis Bronxville.

    “Pada fasa penyiasatan ini, Watson dipercayai membunuh isteri dan dua anaknya, sebelum membunuh dirinya sendiri dengan luka tembakan yang dilakukan sendiri,” kata Jabatan Polis Clarkstown.

    Keempat-empat mereka mempunyai kesan tembakan, kata polis. Sepucuk pistol ditemui di tempat kejadian.

    Watson, 49 memulakan kerjayanya di Jabatan Polis New York pada 2000 sebelum menyertai pasukan di Bronxville, sebuah kampung di Westchester County, tujuh tahun kemudian, menurut biografi jabatan. Beliau dinaikkan pangkat sebagai sarjan pada 2016.

    Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Bronxville, Christopher Satriale berkata pembunuhan itu meninggalkan jabatan itu dengan ‘hati yang hancur disebabkan kehilangan nyawa yang tidak bersalah.’ – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda