Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat sekeluarga maut selepas ziarah ibu

    TAWAU, 2 April – Empat sekeluarga yang maut akibat kemalangan di Km 32 Jalan Lahad Datu-Tawau malam tadi dalam perjalanan pulang melawat ibu di Sungai Juragan dekat sini.

    Dalam kejadian 10 malam itu, Ismail Mangu, 25, dua anaknya – Putri, 2 dan Shahril, 5; serta kakak Parida Perada Jamuludin, 35 maut selepas kereta dinaiki bersama dua lagi dirempuh sebuah ken-deraan pacuan empat roda.

    Abang Ismail, Mohamad Mangu, 34 berkata kesemua mereka dari Kota Kinabalu dan dalam perjalanan ke kampung untuk melihat ibu mereka yang berusia 70 tahun dan tidak sihat selepas mengalami patah tangan.

    “Kali terakhir saya dapat berhubung dengan dia (Ismail) sewaktu mereka berada di Kampung Paris. Sejam kemudian saya cuba menghubungi lagi sebanyak tiga kali dan panggilan terakhir dijawab pegawai penyiasat yang memberitahu mengenai kemalangan ini,” katanya dengan nada sebak kepada Bernama.

    Seorang lagi saudara mangsa, Badarudin Boro, 53, berkata Ismail dan Parida bekerja di sebuah kilang di Inanam.

    “Isteri saya juga kerap berhubung dengan Parida dan apa yang saya sedar dalam tempoh dua hari ini Parida kerap memuat naik gambar berbentuk keagamaan dalam akaun Facebooknya,” katanya lagi.

    Dia menyifatkan Ismail dan Parida sebagai anak yang baik dan kerap pulang ke kampung melawat ibu mereka sejak bapa mereka meninggal dunia.– Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda