Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat sekeluarga peluk Islam

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Seorang anggota Pasukan Polis Diraja Brunei bersama suami dan dua anaknya telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang diadakan di Masjid Bukit Udal, Tutong.

    Sarjan 4197 Dayang Jarinawati binti Jamil telah memilih nama Islamnya sebagai Jazima Alifah binti Jamil, manakala itu, suami beliau kini dikenali sebagai Muhammad Azmanuddin bin Muhammad Arriffin.

    Dua anak mereka pula masing-masing dikenali sebagai Muhammad Airel Aiman Shah dan Muhammad Bryan Aiman Shah.

    Awang Muhammad Azmanuddin ketika melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang diadakan di Masjid Bukit Udal, Tutong.

    Keluarga berkenaan telah melafazkan ikrar pengislaman di hadapan pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah.

    Hadir bagi menyaksikan majlis pengislaman selaku tetamu kehormat ialah Penguasa Kanan Polis, Awang Hussaini bin Haji Matzin.

    Majlis pengislaman tersebut turut diserikan dengan laungan Dikir Marhaban dan acara menabur bunga rampai kepada saudara-saudara baharu yang diraikan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda