Monday, December 23, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat sekeluarga termasuk kembar maut

    SAN JUAN, PUERTO RICO, 1 JAN – Sebuah keluarga empat orang, termasuk kembar lelaki, ditembak mati di dalam rumah mereka di Puerto Rico selepas meraikan Tahun Baru, kata pihak berkuasa.

    Polis berkata anak lelaki berusia 16 tahun mengalami cedera serius dan dimasukkan ke hospital. Pembunuhan itu berlaku waktu subuh hari ini di bandar utara Trujillo Alto, yang terletak di selatan ibu kota San Juan dan tiada penangkapan dibuat, kata polis.

    “Masih terlalu awal untuk menyatakan motif pembunuhan,” kata Detektif Polis Puerto Rico, Carlos Nazario. “Kami melihat dari semua sudut.” Salah satu daripada sudut termasuk anak lelaki tua pasangan itu yang dipenjara atas tuduhan rompakan kereta, senjata negara dan serangan, katanya.

    Nazario mengenal pasti ibu bapa sebagai Dorothy Wickline, 47, Edwin Ramos, 40 dan kembar mereka, 9 tahun. Dia berkata keempat-empat mangsa telah meraikan malam Tahun Baharu dengan saudara-mara dan ditembak sejurus mereka pulang ke rumah. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda