Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Empat suspek rompak motosikal ditahan di Myanmar

    YANGON, 22 FEB – Polis Myanmar telah menahan empat suspek berkaitan dengan siri rompakan motosikal di Mandalay tengah Myanmar, lapor akhbar milik kerajaan, The Mirror Daily hari ini.

    Menurut laporan itu, penangkapan itu dibuat berikutan suspek terbabit didakwa terlibat dalam rompakan di mana mereka membunuh seorang penunggang motosikal di Mandalay pada 19 Februari.

    Siasatan menunjukkan mangsa menaiki motosikal apabila empat suspek yang menunggang dua motosikal dari arah bertentangan berhenti dan menyerangnya dengan pisau, katanya.

    Suspek berusia antara 17 dan 22 tahun menyasarkan motosikal berharga tinggi di kawasan di seluruh Mandalay, tambah laporan itu.

    Tindakan undang-undang terhadap suspek sedang dijalankan, kata laporan itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...