Friday, December 6, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat syarikat, individu didenda buang sampah

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Empat buah syarikat dikenakan denda kompaun antara $500 hingga $2,000 oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara kelmarin dalam operasi berasingan yang telah dijalankan pada 5 November lalu.

    Manakala seorang individu turut dikenakan kompaun sebanyak $100 pada 9 November susulan kesalahan yang dilakukan pada 3 November.

    Kesemua syarikat dikenakan kompaun atas kesalahan di bawah Bab 12 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian, sementara individu berkenaan dikenakan kompaun atas kesalahan di bawah Bab 12 (1) (a).

    Sehubungan itu, pemilik atau pengurus syarikat dan individu diingatkan agar tidak mengambil ringan terhadap kesalahan-kesalahan yang telah dikenakan tindakan dan diarahkan untuk menjelaskan denda kompaun dengan segera serta membersihkan kawasan yang telah dijadikan tempat pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang.

    Jika gagal, kes akan dibawa ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian iaitu jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi $3,000 bagi individu, manakala bagi syarikat tidak melebihi $30,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Sampah-sarap kelihatan di kawasan yang dijadikan tempat pembuangan sampah. – GAMBAR SERAHAN BAHAGIAN PERLESENAN DAN PENGUATKUASAAN, JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA
    GAMBAR SERAHAN BAHAGIAN PERLESENAN DAN PENGUATKUASAAN, JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda