Oleh Yusrin Junaidi – BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Empat buah syarikat telah dikenakan denda kompaun di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30), oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM). Manakala seorang individu turut dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Bab 12 (1) (a) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Pindaan 2021).

