Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    Empat syarikat kena kompaun

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Empat buah syarikat di Daerah Tutong dikenakan denda kompaun oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong kerana meletakkan sampah dan menumpahkan minyak dan sisa-sisa makanan di tempat awam.

    Tiga buah syarikat dikenakan denda $500, manakala sebuah syarikat dikenakan denda $200 di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021, dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.

    Jabatan Daerah Tutong menjelaskan, jika gagal membayar denda tersebut, syarikat-syarikat berkenaan boleh dihadapkan ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 bagi kesalahan pertama.

    Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

    Sampah sarap kelihatan dibuang di tempat awam oleh syarikat-syarikat yang terlibat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan