Saturday, January 11, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat usahawan 1K1P hadiri Bengkel Kos

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Empat usahawan Satu Kampung Satu Produk (1K1P) telah menghadiri Bengkel Kos anjuran Ghanim International Corporation (Ghanim), baru-baru ini di Taman Perindustrian Lambak Kanan.

    Antara lain tujuan bengkel itu adalah untuk melengkapkan usahawan tempatan dengan kaedah kewangan penting bagi lebih memahami struktur kos mereka dan membuat keputusan perniagaan.

    Bengkel dibimbing oleh Pensyarah dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomik, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dayangku Hajah Saerah binti Pengiran Haji Petra.

    Peserta bengkel diperkenalkan dengan kunci konsep pengekosan, termasuk kos langsung dan tidak langsung, tetap dan kos berubah, dan analisis pulang modal.

    Melalui pandangan praktikal dan aplikasi dunia sebenar, mereka juga belajar cara mengurus perbelanjaan dengan lebih berkesan dan meningkatkan kemampanan perniagaan mereka.

    Inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Ghanim untuk menyokong usahawan 1K1P dalam industri makanan Brunei.

    Ia sejajar dengan memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), yang bertujuan memperkasa dan memartabatkan perniagaan tempatan melalui perkongsian pengetahuan, pembinaan kapasiti dan pengembangan peluang pasaran.

    Bengkel tersebut telah dibimbing oleh Dayangku Hajah Saerah. – GAMBAR SERAHAN GHANIM
    Usahawan 1K1P bergambar ramai bersama pegawai dari KHEDN, UBD dan Ghanim. – GAMBAR SERAHAN GHANIM
    Para peserta semasa menyertai bengkel kos tersebut. – GAMBAR SERAHAN GHANIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda