TOULOUSE, Perancis, 8 Mei – Empat wanita yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki berusia 17 tahun di kampung Blagnac, berhampiran Toulouse, selatan Perancis dibebaskan kelmarin petang, lapor agensi berita Xinhua.
“Kami gembira empat tebusan wanita itu telah dibebaskan dan mereka dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan seorang pegawai dari Prefect of Haute-Garonne pada malam kelmarin.
Tebusan pertama dibebaskan kira-kira 8 malam waktu tempatan (GMT1800) manakala tiga lagi dibebaskan selepas 9 malam. – Bernama