Wednesday, September 18, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat wanita selamat dalam kejadian pokok tumbang

    MIRI, 13 SEPT – Empat wanita terselamat selepas kereta yang mereka naiki dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di hadapan sebuah hotel, hari ini.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12:10 tengah hari sebelum sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dikejarkan ke lokasi.

    “Komander operasi melaporkan berlaku kejadian pokok tumbang menghempap sebuah kereta jenis Perodua Axia. Bagaimanapun, empat wanita yang berada di dalam kenderaan itu selamat keluar daripada kenderaan tanpa sebarang kecederaan,” kata jurucakap tersebut.

    Beliau berkata, pasukan bomba telah memotong dan membersihkan pokok yang tumbang menggunakan gergaji berantai. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda