Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat warga asing diculik

    LAGOS, 18 Jan – Dua warga Amerika Syarikat dan dua warga Kanada menjadi mangsa penculikan dalam satu serbuan di wilayah Kaduna, utara Nigeria, menurut pihak polis semalam dalam siri penculikan terbaru yang menyasarkan warga asing.

    Jurucakap polis negeri, Mukhtar Aliyu berkata lelaki bersenjata yang dikenali menculik empat orang yang dalam perjalanan ke Abuja, Selasa lalu.

    “Mereka bertempur dengan dua polis, walau bagaimanapun mereka tidak dapat diselamatkan,” katanya.

    Belum ada kenyataan penuh dan Aliyu berkata, “Semua kemudahan sudah dikerahkan untuk menyelamatkan empat mangsa culik dan menangkap para penculik.

    “Hal Ehwal Luar Kanada mengetahui tentang laporan mengenai penculikan dua warga Kanada di Nigeria,” menurut Babcock, jurucakap agensi hal ehwal negara.

    “Pihak berkuasa konsular di Nigeria sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengumpul segala maklumat yang ada.”

    Jurucakap Kedutaan Amerika Syarikat di Abuja berkata dia tidak akan memberi sebarang komen apabila dihubungi oleh AFP.

    Penculikan menjadi masalah utama di wilayah selatan Nigeria di mana individu yang berprofil tinggi termasuk ahli keluarga politik lazimnya diculik.

    Mangsa-mangsa yang diculik akan dibebaskan beberapa hari selepas wang tebusan sudah dibayar.

    Beberapa tahun kebelakangan, jenayah tersebut berleluasa yang menyaksikan ekonomi merudum. Tindakan keras terhadap ternakan lembu menjadi punca utama di mana kadar penculikan meningkat di kawasan utara.

    Pada Oktober lepas, kumpulan bersenjata menawan empat warga Britain yang bertugas untuk badan amal perubatan di kawasan selatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda