Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat warga asing didakwa

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Empat warga asing telah didakwa atas kesalahan di bawah Akta Imigresen, Penggal 17 dan Akta Pasport, Penggal 146.
     
    Menurut Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Osman Gani, seorang lelaki Bangladesh, 47, telah dijatuhkan hukuman empat bulan penjara dan tiga kali sebatan yang berkuat kuasa pada 20 Mei, selepas mengaku bersalah tinggal lebih masa di negara ini setelah pas imigresennya mansuh.
     
    Manakala itu, Orlando Jr. Agustin Viloria, lelaki Filipina, 32, dijatuhkan hukuman denda sebanyak $1,000 dan penjara tiga bulan setelah didapati bersalah keluar tanpa melalui pos kawalan dan gagal menyerahkan pasport kepada pegawai imigresen yang bertugas semasa hendak masuk ke negara ini. 
     
    Walau bagaimanapun, disebabkan gagal membayar denda tersebut, hukuman ditambah sebulan dan menjadikan keseluruhan hukuman pemenjaraan kepada empat bulan. Hukuman mula berkuat kuasa pada 24 Jun.
     
    Sementara itu, Mat Aedi, seorang lelaki Indonesia, 43, telah dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan tiga kali sebatan setelah mengaku bersalah tinggal lebih masa dan menggunakan dokumen palsu yang diubah dengan menyalahi undang-undang atau yang luar aturan yang dikeluarkan di bawah akta. Hukuman mula berkuat kuasa pada 30 Jun. 
     
    Anurat Leksingto, lelaki Thailand, 45, dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan tiga kali sebatan setelah mengaku bersalah tinggal lebih masa di negara ini dengan hukuman mula berkuat kuasa pada 1 Julai.
     
    Sehubungan dengan itu, JIPK mengingatkan orang ramai terutama warga asing bahawa tinggal lebih masa di negara ini merupakan satu kesalahan dan boleh membawa kepada hukuman penjara. 
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda