Saturday, March 22, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Empat warga Kanada dihukum mati di China

    OTTAWA, 20 MAC – Kerajaan Kanada mengutuk tindakan China yang melaksanakan hukuman mati terhadap empat rakyatnya dalam beberapa minggu kebelakangan ini, meskipun Ottawa telah mengemukakan rayuan agar hukuman tersebut diringankan.
     
    Menteri Luar Kanada, Melanie Joly, berkata pihaknya kesal dengan tindakan China yang tetap meneruskan hukuman berkenaan.
     
    “Kami mengutuk sekeras-kerasnya pelaksanaan hukuman mati terhadap warga Kanada di China,” katanya dalam sidang media di Ottawa kelmarin.
     
    Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung kes tersebut atas permintaan privasi daripada keluarga mangsa.Sementara itu, pihak berkuasa China mempertahankan keputusan mereka dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada akhbar Globe and Mail, dengan menyatakan bahawa keempat-empat rakyat Kanada itu telah disabitkan kesalahan berkaitan dadah. 
     
    “Jenayah berkaitan dadah merupakan kesalahan berat yang diiktiraf di peringkat global kerana membawa kesan buruk kepada masyarakat,” kata kedutaan China dalam kenyataan berkenaan.
     
    “China sentiasa mengenakan hukuman berat terhadap jenayah berkaitan dadah dan mengekalkan sikap ‘toleransi sifar’ terhadap isu ini.” – AFP 
     
    Gambar Freepik
     
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda