RAMALLAH, 29 NOV – Tentera Israel menembak mati tiga penduduk Palestin di Tebing Barat hari ini, sebelum seorang penyerang dibunuh selepas merempuh keretanya pada seorang tentera Israel, menurut tentera dan pegawai perubatan Israel.
Tentera Israel mengesahkan mereka telah menembak ‘perusuh’ yang menyerang tentera dalam dua pertempuran berasingan di Tebing Barat semalaman.
Tentera wanita berusia 20 tahun itu ‘mengalami kecederaan ringan dan dipindah ke sebuah hospital’ selepas insiden rempuhan kereta di utara Baitulmaqdis, kata tentera. Hospital Shaare Tzedek mengesahkan penyerang telah terbunuh.
Sementara di Kafr Ein, berdekatan Ramallah, dua adik-beraduk maut akibat tembakan tentera. Lelaki ketiga terbunuh akibat luka tembakan di kepala di Beit Ummar, berhampiran bandar Hebron, kata kementerian.
Memberikan komen mengenai pertempuran di Beit Ummar, tentera Israel berkata ia telah melepaskan tembakan pada ‘perusuh’ yang melontar batu dan bom tangan pada tentera’ selepas dua kenderaan tersekat semasa operasi rondaan di kawasan itu.
Agensi berita Palestin Wafa menamakan mangsa terbunuh sebagai Mufid Mahmud Khalil, 44, dari kawasan Beit Ummar.
Manakala dua adik-beradik yang terbunuh di Kafr Ein ialah Jawad Abdulrahman Rimawi, 22, dan Dhafer Abdul Rahman Rimawi, 21. – AFP
