YANGON, 14 NOV – Myanmar akan menganjurkan Emporium Permata Pertengahan Tahunnya bagi 2024 di ibu negara Nay Pyi Taw bulan ini, menurut kenyataan Jawatankuasa Pusat Emporium Permata Myanmar, hari ini.
Acara selama 10 hari, yang dianjurkan oleh jawatankuasa tersebut, akan berlangsung dari 18 hingga 27 November, menampilkan pelbagai lot mutiara, jed dan batu permata.
Menurut laporan, pedagang permata dan barangan kemas Myanmar dibenarkan menghadiri acara itu dan membuat pembelian, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
Emporium permata yang terakhir diadakan di Nay Pyi Taw pada Mei lalu, menyaksikan penjualan 379 lot mutiara, 88 lot permata, dan 3,251 lot jed sepanjang 10 hari acara tersebut.
Emporium permata kali ini yang dianjurkan sejak 1964, ditaja oleh Kementerian Sumber Asli dan Pemuliharaan Alam Sekitar Myanmar. – Xinhua