MILAN, 30 April – Pemain tengah Liverpool, Emre Can dikhabarkan telah bersetuju dengan kontrak lima tahun yang ditawarkan oleh juara Itali, Juventus, menurut laporan di Itali hari ini.
Pemain antarabangsa Jerman berusia 24 tahun itu, yang diketepikan akibat kecederaan belakang, akan menandatangani kontrak dengan juara enam kali di Itali seawal minggu ini, lapor Gazzetta dello Sport.
Pemain tengah itu dapat meninggalkan Liverpool secara percuma pada akhir musim ini dan Gazzetta melaporkan bahawa dia telah setuju dengan nilai bayaran enam juta euro setahun.
Juara Perancis Paris Saint-Germain juga dilaporkan berminat untuk menandatangani Can yang memilih perpindahan ke Itali dengan rakan senegaranya, Sami Khedira dan Benedikt Howedes yang bermain untuk kelab gergasi Turin itu. Can tiba di Liverpool pada tahun 2014 dari Bayer Leverkusen, di mana pada tahun sebelumnya dia telah memenangi gelaran Bundesliga dengan Bayern Munich pada tahun 2013. – AFP