Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Lima orang Ahli Bomba Kelas Satu (ABKS) dan seorang Ahli Bomba Wanita Kelas Satu (ABWKS) telahpun dinaikkan pangkat sebagai Ahli Bomba Kanan (ABK) dan Ahli Bomba Kanan Wanita (ABKW) di Majlis Penyampaian Tanda Pangkat bagi Ahli Bomba Kanan yang berlangsung di Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) bertempat di Bilik Ar Rahim, Balai Bomba Rimba.
Hadir bagi menyempurnakan penyampaian tanda pangkat ialah Penolong Pengarah Perancangan Latihan dan Kakitangan, Hajah Siti Mayang binti Haji Hussin.
Majlis tersebut juga dihadiri oleh Timbalan Pengarah JBP, Lim Hock Guan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan.
Dalam kesempatan ini, JBP tidak lupa mengucapkan syabas dan tahniah di atas kenaikkan pangkat tersebut dan diharapkan ianya sebagai dorongan untuk meningkatkan lagi komitmen, kualiti, produktiviti dan mutu kerja yang lebih efektif ke arah menuju kecemerlangan bagi mencapai visi dan misi jabatan tersebut.
Majlis pagi tadi itu diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Pemangku Guru Agama, Haji Othman bin Haji Asat.