Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam anak yatim terima bantuan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Satu majlis penyerahan derma berupa sejumlah wang telah disampaikan khusus kepada enam anak yatim di Sekolah Rendah Abdul Bubin, Sungai Besar baru-baru ini.

    Derma tersebut adalah sedekah daripada mantan guru-guru Sekolah Rendah Dato Marsal bagi tahun 1991-1998.

    Dalam majlis berkenaan, penyerahan wang derma tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Cikgu Haji Othman bin Abd Rahman, selaku wakil daripada Sekolah Rendah Dato Marsal.

    Turut hadir sama ialah Guru Besar sekolah berkenaan, Yang Mulia, Dayang Nur Aliyah Damia binti Abdullah Lim dan beberapa orang pegawai sekolah itu.

    Bacaan doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Cikgu Haji Halim bin Abdullah.

    Antara anak yatim yang menerima sumbangan derma berkenaan.
    Gambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH RENDAH ABDUL BUBIN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda