Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Enam cedera akibat dron jatuh

    ISMAILIA, 27 OKT – Enam orang cedera ringan apabila ‘dron tidak dikenali jatuh’ di sebuah bandar Mesir bersempadan dengan Israel hari ini, kata tentera.

    Jurucakap tentera berkata bahawa dron tersebut jatuh ke ‘sebuah bangunan bersebelahan dengan hospital Taba’, di bandar Laut Merah, di seberang sempadan dari kawasan resort Israel, Eilat.

    Hari ini, televisyen AlQahera News Mesir, yang berkaitan dengan perisikan negara, melaporkan ‘sebuah roket’ jatuh di Taba ‘sebagai sebahagian daripada peningkatan serangan di Gaza’.

    Saksi-saksi telah memberitahu AFP bahawa sebuah roket terkena sebuah bangunan hospital di bandar Laut Merah yang terletak berhampiran lintasan sempadan dengan Israel, kira-kira 200 kilometer di selatan sempadan Mesir dengan sempadan Gaza.

    Imej yang telah tersebar dalam talian dan media Mesir memaparkan keadaan bangunan yang musnah dan kenderaan yang mengalami kerosakan teruk akibat ledakan tersebut.

    Mesir telah memainkan peranan penting sebagai perantara utama dalam konflik Palestin dan Israel, apabila Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober, yang mengakibatkan lebih daripada 1,400 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam dan menjadikan lebih daripada 220 orang lain sebagai tebusan, menurut angka rasmi Israel.

    Serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak itu telah membunuh lebih 7,000 orang, juga kebanyakan orang awam, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin yang dikendali oleh Hamas.

    Tentera Israel menggunakan dron untuk menyerang Hamas dan sebagai pengawasan di Gaza sementara pejuang Hamas dan kumpulan bersenjata lain telah menembak roket tanpa henti ke arah Israel, dengan menggunakan dron mereka sendiri. – AFP

    Sistem pertahanan udara Israel menembak untuk memintas roket yang dilepaskan dari Semenanjung Gaza. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...