KARATSU, JEPUN, 11 JULAI – Enam orang dikhuatiri maut dalam hujan lebat yang melanda barat daya Jepun minggu ini, kata kerajaan hari ini, ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan di lapangan.
Kerpasan yang tebal membawa jumlah hujan yang memecah rekod di beberapa kawasan Kyushu hingga Isnin, menyebabkan sungai melimpah dan tanah-tanih lembut runtuh dalam tanah susur.
Sekurang-kurangnya tiga orang disahkan maut dalam hujan, jurucakap kerajaan Hirokazu Matsuno memberitahu pemberita hari ini, menambah pegawai sedang menyiasat sama ada tiga lagi kematian dikaitkan dengan bencana itu.
Tiga orang masih hilang dan dua dilaporkan cedera ringan, tambahnya.
Beberapa komuniti terpencil kekal terputus akibat banjir dan kerosakan lain, tetapi keselamatan penduduk di sana telah disahkan.
Pengangkutan masih terjejas setakat awal hari ini, dengan beberapa perkhidmatan kereta api terhenti dan lebuh raya disekat serta 1,400 rumah terputus bekalan elektrik.
Di Karatsu wilayah Saga, anggota tentera Jepun menggali tanah dan serpihan yang ditinggalkan oleh tanah runtuh yang melanda rumah.
Hujan lebat, yang diramalkan berisiko menjadi ‘hujan paling lebat di rantau ini’, mendorong pengeluaran notis pemindahan untuk ratusan ribu orang. – AFP
