Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam ditahan ‘siar mesej’ dengan niat menghasut dalam talian

    HONG KONG, 28 MEI – Polis Hong Kong menahan enam orang hari ini di bawah undang-undang keselamatan baharu bandar itu kerana ‘menyiarkan mesej dengan niat menghasut’ dalam talian.

    Lima wanita dan seorang lelaki berusia antara 37 dan 65 tahun ditahan, kata Jabatan Keselamatan Negara Pasukan Polis Hong Kong dalam satu kenyataan.

    Salah seorang wanita yang ditahan sudah direman di Pusat Tai Lam, penjara wanita dengan keselamatan maksimum, kata polis.

    Siasatan polis mendedahkan bahawa wanita yang ditahan reman itu, melalui lima yang lain, “telah menyiarkan mesej dengan niat menghasut di laman media sosial tanpa nama sejak April 2024,“ kata kenyataan itu.

    Ia dilakukan ‘dengan tujuan untuk menghasut kebencian terhadap Kerajaan Pusat (Beijing), Kerajaan HKSAR dan Badan Kehakiman, serta menghasut warganet untuk menganjurkan atau mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang pada masa akan datang.”

    Enam orang itu ‘disyaki melanggar seksyen 24 Ordinan Perlindungan Keselamatan Negara, yang berbunyi ‘Kesalahan berkaitan dengan niat menghasut’,” kata kenyataan itu, merujuk kepada undang-undang Hong Kong yang baru digubal.

    Ia akan menjadi tangkapan pertama seumpama itu di bawah undang-undang itu, biasanya dirujuk sebagai Perkara 23. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda