Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam hilang kapal kargo karam di laut Marmara

    ISTANBUL, 16 FEB – Sebuah kapal kargo karam di laut Marmara berhampiran Istanbul, kelmarin kata pegawai, sambil menambah bahawa usaha pencarian sedang dijalankan untuk mencari enam anak kapal yang hilang.

    Kapal Batuhan A, yang membawa kargo kering dari Pulau Marmara Balikesir ke Bursa di barat laut Turkiye, mengalami masalah air dan tenggelam di pulau Imrali, selatan Istanbul, lapor agensi berita swasta, DHA.

    Gabenor Bursa, Mahmut Demirtas berkata pihak berkuasa menerima isyarat kecemasan daripada kapal itu tetapi kemudian terputus hubungan.

    Kementerian pengangkutan berkata sebuah bot penyelamat kosong ditemui semasa operasi pencarian.

    “Operasi menyelamat berterusan untuk mencari enam anak kapal yang dipercayai warga Turkiye,” kata Demirtas kepada televisyen swasta, NTV.

    “Ombak mencecah tiga meter. Saya rasa kita akan menerima berita positif secepat mungkin dalam usaha pencarian kita,” katanya.

    Helikopter di wilayah itu tidak dapat berlepas disebabkan cuaca buruk. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda