Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Enam juta dikenakan sekatan di Zhengzhou

    BEIJING, 25 NOV – Enam juta penduduk dikenakan perintah berkurung hari ini di bandar China, tempat terletaknya kilang iPhone terbesar di dunia, selepas pertempuran di antara polis dan pekerja berhubung gaji.

    Pihak berkuasa telah mengarahkan penduduk di lapan daerah di Zhengzhou, tengah wilayah Henan, supaya jangan meninggalkan kawasan itu untuk lima hari akan datang, mendirikan sekatan di sekeliling bangunan pangsapuri ‘berisiko tinggi’ dan tempat pemeriksaan dengan tujuan mengawal pergerakan.

    Hanya terdapat beberapa kes koronavirus di bandar itu tetapi di bawah dasar sifar COVID China, wabak kecil juga boleh mencetuskan sekatan ketat, sekatan perjalanan dan ujian besar-besaran.

    Sekatan di Zhengzhou disusuli bantahan oleh ratusan pekerja berhubung keadaan kerja dan gaji di kilang iPhone Foxconn di pinggir bandar, dengan gambar rapat baharu keluar hari ini.

    Gambar yang disiar di media sosial dan diperoleh AFP menunjukkan sekumpulan pekerja berjalan di jalan raya di timur bandar, sesetengahnya memegang sepanduk.

    “Begitu ramai orang,” seorang lelaki kedengaran sebagai berkata. AFP tidak dapat mengesahkan bila bantahan berlaku.

    Pekerja sebelumnya memberitahu AFP bantahan bermula berhubung perbalahan mengenai bonus di kilang itu.

    Puluhan pekerja meninggalkan kilang semalam selepas menerima bayaran 10,000 yuan dari Foxconn.

    Hari ini, hantaran di aplikasi video China berkata syarikat Taiwan itu menghalau ramai orang yang telah datang bekerja selepas iklan pengambilan pekerja yang disiarkan firma. – AFP

    Pekerja kesihatan kelihatan di jalan raya berdekatan kawasan perumahan yang dikenakan sekatan disebabkan koronavirus di Beijing, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...