Oleh Syahmi Hassan – BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Tujuh individu telah didapati memiliki enam karton dan 12 paket rokok berlainan jenama dalam Ops Sepadu Bersih yang dijalankan oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) dengan melibatkan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED).

