Wednesday, December 25, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam keluarga mangsa bencana terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 DIS – Enam ketua keluarga yang menjadi mangsa kejadian angin kencang hari ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Majlis penyerahan bantuan berkenaan berlangsung di Dewan Citra Budaya, KKBS dan dihadiri oleh Pemangku Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), KKBS, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, bagi menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana.

    Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana tersebut dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Pemberian bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga.

    Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    Dr Siti Norkhalbi menyerahkan bantuan kepada salah seorang penghuni rumah yang terjejas akibat kejadian angin kencang. – GAMBAR SERAHAN JAPEM
    Dr Siti Norkhalbi hadir semasa majlis penyerahan bantuan yang berlangsung di Dewan Citra Budaya, KKBS.- GAMBAR SERAHAN JAPEM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda