Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam kepala dipenggal ditemui atas kereta

    ACAPULCO, 1 APRIL – Pihak berkuasa Mexico semalam menemui enam kepala mangsa lelaki yang dipenggal dan ditinggalkan di atas sebuah kereta manakala mayat mereka dibungkus plastik dan diletakkan dalam kereta di Chilapa, negeri Guerrero, kata pendakwa.

    Menurut kenyataan pejabat peguam negara di negeri Guerrero, kepala yang ditemui di sebatang jalan yang sibuk di bandar Chilapa de Alvarez di barat daya itu adalah angkara perang kongsi gelap yang berleluasa di negara itu.

    Guerrero, antara negeri termiskin di Mexico, menyaksikan penculikan besar-besaran membabitkan 43 pelajar dalam latihan menjadi guru, yang disyaki dibunuh, di bandar Iguala pada 2014.

    Penemuan mayat dipenggal yang dibuang di tempat awam atau digantung dari jambatan telah meningkat di Mexico dalam beberapa tahun ini ketika kartel dadah berusaha menakutkan pesaing mereka.

    Pada Januari, 10 mayat ditemui dalam kenderaan sport utiliti yang ditinggalkan di depan istana gabenor di pusat bersejarah bandar utara Zacatecas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda