Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam kes orang sesat sudah dilaporkan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menerima sebanyak enam panggilan insiden orang sesat dari Januari hingga April 2020 sahaja berbanding sebanyak 10 panggilan diterima pada 2019.

    Jumlah berkenaan termasuk satu panggilan kecemasan mencari dan menyelamat orang sesat pada pukul 7:53 malam di Bukit Tempayan Pisang, Kampung Kapok, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, hari ini, sembilan orang anggota dari Balai Bomba Muara dan Skuad Khas yang diketuai oleh SO Murni bin Haji Misir dikejarkan ke tempat kejadian. Pada pukul 8:49 malam, kedua-dua mangsa telah turun dengan sendirinya bersama seorang rakan yang turut mencari dan kedua-dua mangsa tidak mendapat sebarang kecederaan

    Sehubungan itu, JBP menekankan kepada orang ramai khususnya bagi penggemar hiking supaya tidak mendaki bukit pada waktu hampir malam atau gelap iaitu selepas pukul 5:30 petang.

    Selain itu, pastikan tahu akan keadaan cuaca dari semasa ke semasa, jangan mendaki bukit secara berseorangan ditakuti perkara yang tidak diingini berlaku dan maklumkan kepada keluarga atau kawan-kawan di mana tempat awda hendak tuju.

    Untuk keselamatan orang ramai semasa hiking, disarankan supaya membawa bersama wisel, lampu, telefon bimbit dan air bagi keperluan jika berlaku kecemasan. JBP turut menyarankan orang ramai supaya menghubungi terus Pusat Gerakan JBP melalui talian kecemasan 995 jika mempunyai sebarang insiden kecemasan dan memberikan maklumat yang tepat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda