Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam kesalahan dikesan semasa Ops Waspada

    TUTONG, 14 SEPT – Enam kesalahan berjaya dikesan oleh penguat kuasa dari Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh semasa menjalankan Operasi Waspada 170/2025 di kawasan Mukim Kiudang, Daerah Tutong pada 10 September.

    Operasi tersebut dijalankan adalah untuk menguatkuasakan dan memastikan Akta Pekerjaan, penggal 278 dipatuhi oleh para majikan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh, pemeriksaan ke atas kegiatan kedai makan telah mendapati kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pekerjaan, Penggal 278 yang dipercayai dilakukan oleh majikan iaitu Bab 39(2) gagal membayar kerja lebih masa, Bab 63 gagal memberikan cuti rehat, Bab 64 bekerja pada hari rehat, Bab 65 bekerja melebihi jam bekerja yang telah ditetapkan, Bab 70 gagal memberikan cuti pada hari kelepasan awam yang diwartakan dan Bab 71 gagal memberikan cuti tahunan berbayar kepada pekerja-pekerja.

    Siasatan lanjut akan dijalankan bagi kesalahan melanggar Akta Pekerjaan, Penggal 278, jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih daripada $1,000 bagi tiap-tiap kesalahan. Jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan di-hadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Akta Pekerjaan, Penggal 278 seperti membayar kerja lebih masa, memberikan cuti rehat sehari dalam seminggu atau mana-mana hari di minggu tersebut, memberikan cuti hari kelepasan awam yang diwartakan dan memberikan cuti tahunan berbayar.

    Untuk makluman lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 semasa waktu bekerja atau 7298989 di luar waktu bekerja.

    ATAS & BAWAH: Pegawai penguat kuasa dari Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh menjalankan pemeriksaan di Mukim Kiudang, Daerah Tutong, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda