Sunday, July 27, 2025
34 C
Brunei

    Berita Terkini

    Enam kontinjen bakal bersaing pada Sukan Borneo 2025

    KUCHING, 4 JULAI – Enam kontinjen akan bertanding dalam Sukan Borneo 2025 pada 24 hingga 28 September ini di Kompleks Sukan Petra Jaya di Kuching, Sarawak.

    Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kontinjen terlibat ialah Brunei, Sarawak, Sabah, Labuan, provinsi Kalimantan Timur dan provinsi Kalimantan Barat.

    Beliau berkata lapan jenis sukan akan dipertandingkan iaitu badminton, boling padang, olahraga, memanah, renang, tarik tali, menyumpit dan golf.

    “Secara keseluruhan setakat ini 124 pingat emas bakal menjadi rebutan tetapi jumlah ini mungkin bertambah kerana ada permintaan untuk tambah pingat emas dalam acara menyumpit,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

    Beliau berkata kira-kira 5,000 orang dijangka hadir menyertai acara itu, termasuk atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pengadil, pegawai teknikal, urus setia, media, sukarelawan dan pegawai agensi berkaitan.

    Sukan Borneo pertama kali diadakan pada 1995 dan kali terakhir 2013 di Labuan. – Bernama

    Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media mengenai penganjuran Sukan Borneo di Bangunan Baitulmakmur 2, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda